Tentang Dana Kemakmuran Bumiputera (DKB)
Objektif
- Sokongan dalam bentuk “tipping point” atau pemangkin kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang berkelayakan bagi meneroka pelaburan baharu di dalam sektor strategik.
- Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di semua peringkat pekerjaan di kalangan Bumiputera.
- Mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan melalui program pengembangan perniagaan.
SKOP PEMBIAYAAN
Pemberian dana ini adalah sehingga 10% daripada kos projek yang layak atau RM2 juta, (yang mana lebih rendah), disalurkan secara PEMBAYARAN BALIK ("reimbursement basis") kepada Syarikat.
PRA SYARAT KELAYAKAN SYARIKAT PEMOHON
- Syarikat merupakan pemohon kali pertama.
- Syarikat hendaklah diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016.
- Syarikat bukan terdiri daripada syarikat milikan tunggal (“enterprise”), konglomerat, syarikat tersenarai awam dan anak syarikatnya, syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked Company – “GLC” dan Government Linked Investment Company – “GLIC”) serta anak syarikatnya, syarikat berkaitan Kerajaan Negeri dan anak syarikatnya, koperasi, yayasan, persatuan dan pertubuhan.
- 100% Bumiputera.
- Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan / Majoriti Pengurusan Tertinggi adalah Bumiputera.
- Syarikat dan/atau mana – mana syarikat atau entiti tidak mempunyai pemegang saham atau pengarah atau penandatangan akaun bank yang sama yang pernah menerima bantuan geran Dana Mudahcara atau apa – apa geran daripada TERAJU dan/atau apa – apa geran Kerajaan bagi projek yang sama sebelum ini.
- Syarikat mempunyai hak untuk melaksanakan projek di atas tanah / tapak / premis yang dicadangkan dan sekurang - kurangnya kelulusan Kebenaran Merancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (“PBT”) dan / atau kelulusan mandatori dari agensi-agensi lain yang berkaitan bagi memulakan pelaksanaan projek.
PRA SYARAT KELAYAKAN PROJEK
- Kos projek yang layak (Qualifying Project Cost – “QPC”) bernilai:
- sekurang - kurangnya RM500 ribu hingga RM100 juta bagi pembelian mesin dan kelengkapan peralatan; atau
- sekurang - kurangnya RM2.5 juta hingga RM100 juta bagi projek pembangunan.
Kos projek tidak mengambil kira harga tanah, perbelanjaan operasi termasuk modal kerja, dan kos-kos berkaitan aset tidak ketara serta kos perkhidmatan. - Projek yang dimohon adalah terbuka kepada semua sektor tertakluk kepada ciri –
ciri berikut:
- Mempunyai nilai strategik dan impak yang tinggi selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (“WKB”) 2030 dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (“RMKe-12”);
- Memberi nilai pengganda (“multiplier effect”) ke atas pelaburan baharu yang akan dilaksanakan oleh syarikat Bumiputera; dan
- Mewujudkan peluang pekerjaan di peringkat mahir dan separuh mahir.
Keutamaan kepada projek yang mempunyai impak tinggi dan ciri – ciri tersebut di atas hendaklah mengambil kira penekanan pemberian geran DKB ini kepada enam (6) negeri termiskin iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. - Kemajuan projek tidak melebihi 30% daripada keseluruhan pembangunan projek semasa permohonan diterima.
- Bagi Sektor Pembangunan Hartanah Kediaman di atas Tanah Rizab Melayu/Tanah Wakaf/Tanah Adat (Sabah & Sarawak), harga maksimum hartanah kediaman adalah tidak terhad kepada definisi Rumah Mampu Milik di negeri masing – masing dan/atau harga kediaman yang dijual hendaklah lebih rendah dan kompetitif berbanding harga pasaran semasa di kawasan sekitar. Setiap unit yang dibina hendaklah dijual sepenuhnya kepada pembeli Bumiputera.