Terma Penggunaan

DENGAN MENGAKSES LAMAN WEB INI DAN MANA-MANA HALAMAN SELEPAS INI, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT OLEH TERMA DAN SYARAT DI BAWAH. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT DI BAWAH, SILA JANGAN MENGAKSES, ATAU SILA TAMATKAN AKSES ANDA KE LAMAN WEB INI ATAU MANA-MANA HALAMAN YANG SETERUSNYA DENGAN SERTA MERTA.

Istilah "anda" hendaklah merujuk kepada pelawat laman web ini dan pengguna Perkhidmatan.

Istilah “Perkhidmatan” hendaklah merujuk kepada perkhidmatan pendaftaran atas talian untuk Dana Kemakmuran Bumiputera (DKB).

Istilah “Syarikat-syarikat Berkaitan” hendaklah merujuk kepada pihak ketiga yang bertindak bagi pihak TERAJU sebagai ejen-ejen, pembekal-pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat-penasihat profesional yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada TERAJU.

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.

Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat am ini atau syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh TERAJU jika berkaitan, dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pengguna, dan TERAJU sebagai penyedia perkhidmatan laman web ini bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini.

Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan terma-terma dan syarat-syarat ini.

UMUM

Akses anda ke laman web ini dan penggunaan Perkhidmatan yang disediakan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat di sini.

Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat di dalam laman web ini setiap kali anda mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di dalam laman web ini.

Walau apa pun dan tanpa menyentuh maksud umum klausa-klausa di dalam Terma dan Syarat ini, anda dengan ini bersetuju bahawa akses kepada laman web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah atas risiko anda sendiri dan anda, tanpa syarat, bersetuju sepenuhnya akan menanggung semua risiko, bersampingan dengan atau berbangkit daripada penggunaan laman web ini dan Perkhidmatan di dalamnya. Jika pada bila-bila masa anda tidak bersetuju dengan mana-mana atau semua Terma dan Syarat ini, sila tamatkan semua akses anda kepada laman web ini dan/atau penggunaan Perkhidmatan.

Terma dan Syarat ini adalah hendak terpakai tanpa had atau pengecualian kepada semua ke laman web ini atau sebahagian darinya, sama ada melalui internet, telefon bimbit dan/atau alatan elektronik perantaraan dan/atau penggunaan isi kandungan dan/atau Perkhidmatan.Anda hendaklah memastikan bahawa akses dan/penggunaan Perkhidmatan adalah melalui laman web ini yang ditentukan oleh TERAJU dari semasa ke semasa.

HAD TANGGUNGJAWAB

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa TERAJU tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau 'exemplary', termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

  1. Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan Perkhidmatan ini.
  2. Kos penggunaan Perkhidmatan sebarang data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini.
  3. Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda.
  4. Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini.
  5. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.

KELAKUAN ANDA

Akses anda ke laman web ini mesti, pada setiap masa, mematuhi sebarang garis panduan, arahan TERAJU atau sebarang perundangan, peraturan atau penggubalan yang dikenakan dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyeleweng atau menyalahgunakan laman web ini atau perkhidmatan yang terkandung di sini, dalam apa cara pun. Tanpa prejudis kepada kenyataan umum yang terdahulu, anda tidak akan atau membantu mana-mana pihak untuk menggodam atau memperoleh akses tanpa kebenaran ke laman web ini atau sebarang perkhidmatan di sini mahupun mengganggu akses dan penggunaan laman ini oleh orang lain.

Tambahan lagi, anda bersetuju bahawa anda tidak akan menjalankan ataupun membantu mana-mana pihak menghantar komunikasi, maklumat atau bahan-bahan yang menjejaskan hak kami atau hak orang lain, yang menjelikkan dari segi moral, yang menjejaskan sistem internet takaful kami atau sekuriti sistem internet takaful atau sebaliknya yang menyalahi undang-undang.

PERLAKUAN DAN LARANGAN YANG PENTING

  1. Anda tidak sepatutnya berkongsi ID pengguna atau kata laluan dengan mana-mana orang lain.
  2. Anda tidak boleh memaparkan maklumat akaun anda di tempat yang dapat dilihat orang lain.
  3. PC anda tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan.
  4. Bersihkan ingatan Para selepas penggunaan untuk memadamkan maklumat peribadi yang disimpan di dalamnya.
  5. TERAJU tidak akan meminta ID pengguna dan kata laluan anda melalui e-mel. Laporkan kepada TERAJU jika anda menerima e-mel sedemikian.
  6. Ia adalah tanggung jawab anda untuk mengemas kini Pelayar Internet anda dengan sekuriti yang terkini.

PENAFIAN WARANTI DAN LIABILITI

Klausa-klausa yang berikut mengenepikan atau menghadkan liabiliti perundangan kami untuk laman web ini. Anda patut membacanya dengan teliti.

Tiada Waranti

Sementara kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan ketetapan, ketersediaan, kebenaran dan perlengkapan (dalam konteks tujuannya) tentang maklumat dan material yang terkandung dalam laman web ini, semua maklumat dan bahan termasuk maklumat tentang perkhidmatan, data, teks, grafik, pautan atau lain-lain perkara yang dibekalkan hanya ‘seperti dipaparkan, dan ‘seperti tersedia’ dan dibekalkan hanya untuk maklumat dan rujukan anda. Oleh yang demikian TERAJU tidak menjamin ketepatan, kecukupan atau kelengkapan maklumat dan bahan sebegini dan menyatakan penafian liabiliti untuk kesilapan atau tertinggal maklumat dan bahan sebegini. Penggunaan seterusnya adalah di atas risiko anda sendiri. Tiada jaminan apa-apa pun, tersirat, tersurat atau statutori, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan tajuk, bukan pelanggaran hak-hak pihak ketiga, kebolehniagaan, kepuasan kualiti, kesihatan untuk tujuan tertentu dan kebebasan daripada virus komputer, diberi berhubung dengan laman web ini, atau sebarang makluman dan bahan yang terkandung dalamnya. Tiada jaminan diberi bahawa akses sebarang maklumat atau bahan pada laman web ini atau keseluruhan laman web akan dibekalkan tanpa gangguan atau bebas daripada kesilapan atau bahawa sebarang kecelaan yang dikenal pasti akan dibetulkan. Lebih-lebih lagi, tiada jaminan diberi bahawa laman web ini atau sebarang maklumat atau bahan bebas daripada sebarang virus atau lain-lain kod, ejen, program atau makro yang bahaya, merosakkan atau memburukkan. Kami tidak membuat perwakilan atau jaminan mengenai ketepatan, kefungsian atau prestasi perisian mana-mana pihak ketiga yang boleh digunakan berkaitan laman web ini.

SKOP KEGUNAAN LAMAN WEB

Pengguna yang berkenaan

Laman web ini adalah bertujuan untuk mereka yang hanya mengaksesnya dari dalam Malaysia dan tiada apa-apa akan ditafsirkan sebagai TERAJU memberikan maklumat dan kemudahan takaful di luar Malaysia. Bahan-bahan dan maklumat dalam laman web ini tidak bertujuan untuk diguna oleh orang yang berlokasi atau penduduk dalam bidang kuasa yang menyekat pengagihan bahan-bahan dan maklumat sebegini dan kami tidak menjamin bahawa laman web ini mematuhi atau sesuai untuk digunakan di tempat-tempat di luar Malaysia. Anda perlu sedia maklum tentang dan mematuhi sebarang undang-undang, peraturan dan amalan tempatan yang berkaitan sama ada berkaitan kepada sekatan-sekatan atau sebaliknya dan juga sebarang kebolehgunaan seterusnya menurut keadaan individu anda.

Tanpa menjejaskan kenyataan umum yang terdahulu, sebarang maklumat atau bahan pada perkhidmatan yang dituju sebagai maklumat umum kepada orang-orang dalam Malaysia sahaja. Tiada apa-apa pada laman web ini patut dianggap sebagai nasihat atau cadangan terhadap produk dan perkhidmatan mahupun sebarang tawaran atau permintaan untuk membeli produk dan perkhidmatan tersebut. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional pada setiap masa dan memperoleh pengesahan bebas bahan-bahan dan maklumat yang dibekalkan pada laman web ini sebelum membuat sebarang pelaburan, perniagaan atau keputusan komersial berdasarkan sebarang bahan dan maklumat sebegini.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengguna laman web ini oleh diri anda dan/atau mana-mana orang mengguna komputer anda dan anda mesti memastikan bahawa mana-mana orang sebegini mematuhi dengan terma dan syarat di sini. Sekiranya anda berada dalam lingkungan undang-undang pihak berkuasa tidak membenarkan atau mengenakan sekatan pada akses terhadap kandungan laman web ini, sejurus itu anda akan berhenti mengakses atau mematuhi sekatan sebegini (mengikut mana yang berkenaan).

HAK CIPTA DAN CAP DAGANG

Hak cipta dalam laman web ini dimiliki oleh TERAJU. Tiada bahagian atau bahagian-bahagian di sini boleh dikeluarkan semula, diedarkan, diterbitkan semula, dipaparkan semula, disiarkan, hiperpautan, dirangka atau dihantar dalam apa cara atau dengan sebarang cara atau disimpan dalam sistem mendapat kembali maklumat tanpa kebenaran bertulis TERAJU terdahulu. Anda juga tidak boleh, tanpa kebenaran TERAJU, masukkan hiperpautan ke laman web ini pada lain-lain laman web, dirangka atau “cermin” mana-mana bahan yang terkandung pada laman web ini pada lain-lain pelayan.

Semua teks, grafik, imej, lukisan, foto, video atau lain-lain multimedia atau sebarang gabungan daripadanya yang tersedia pada laman web ini pada setiap masa dilindungi oleh hak cipta, cap dagang dan tanda perkhidmatan dan sebarang Hak Harta Intelektual yang berkenaan atau hak milik, semuanya ialah harta TERAJU dan di mana berkenaan, hak milik pihak ketiga. Tiada hak atau lesen diberi kepada mana-mana pihak yang mengakses laman web ini untuk memuat turun, mencetak semula atau mengguna sebatang kandungan tersebut. Tiada cap dagang atau tanda perkhidmatan dipaparkan pada laman web boleh digunakan sebagai pautan kepada mana-mana laman ahli TERAJU atau mana-mana laman lain melainkan jika penubuhan tersebut dan penggunaan cap dagangan tersebut atau tanda perkhidmatan diberi kebenaran bertulis terdahulu oleh TERAJU.

Tiada kebenaran hak

Sebarang hak yang tidak dinyatakan di sini adalah terpelihara.

PAUTAN

Pautan ke laman lain

Di mana kami bekalkan pautan hiperteks ke lokasi lain pada internet, ini dilakukan untuk tujuan maklumat sahaja. Tiada pengendorsan atau kelulusan mana-mana pihak ketiga atau nasihat, pendapat, maklumat, produk atau perkhidmatan mereka dinyatakan atau tersirat oleh sebarang maklumat pada laman web ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan mana-mana laman web lain atau petikan daripada pautan atau halaman berkaitan atau berpaut ke laman web ini. Kami tidak mengesahkan kandungan mana-mana laman web sebegini. Mengikut pautan-pautan ke lain-lain laman web atau halaman adalah di atas risiko anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang kerosakan atau dalam sebarang cara lain berkaitan hubungan dengan pautan.

Perisian yang boleh dimuat turun

Pautan laman untuk memuat turun perisian hanyalah untuk kemudahan dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang kesukaran atau akibat berkaitan dengan memuat turun perisian tersebut. Penggunaan sebarang perisian yang dimuat turun ditadbir oleh terma perjanjian lesen, jika ada, yang disertakan atau dibekalkan dengan perisian tersebut.

MESEJ SEKURITI

Mesej dihantar atas risiko pengguna

Mesej-mesej yang dihantar melalui Internet tidak boleh dijamin selamat sepenuhnya kerana mereka tertakluk kepada kemungkinan pemintasan atau hilang atau kemungkinan pindaan. Kami tidak bertanggungjawab untuk perkara-perkara tersebut dan tidak menanggung apa-apa terhadap anda atau mana-mana orang untuk sebarang ganti rugi atau sebaliknya berkaitan dengan sebarang mesej yang dihantar oleh anda kepada TERAJU dan/atau Syarikat-syarikat Berkaitan atau sebarang mesej yang dihantar oleh TERAJU dan/atau Syarikat-syarikat Berkaitan kepada anda melalui Internet.

GANTI RUGI

Anda dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi dan sentiasa melindungi TERAJU dan Syarikat-syarikat Berkaitan daripada semua liabiliti, tuntutan, kerugian (secara langsung atau tidak langsung) dan perbelanjaan, termasuk sebarang yuran perundangan pada dasar menanggung rugi sepenuhnya, yang mungkin disebabkan oleh TERAJU dan/atau Syarikat-syarikat Berkaitan dengan atau akibat daripada:

  • anda salah guna laman web ini dan perkhidmatan yang dibekalkan di sini; sama ada secara sengaja atau sebaliknya, atau
  • anda melanggar terma dan syarat walau macam mana pun terjadi, atau
  • sebarang hak harta intelektual atau tuntutan pelanggaran hak empunya yang dilakukan oleh pihak ketiga terhadap TERAJU berkaitan dengan penggunaan atau salah guna laman web ini.

LAIN – LAIN

Tiada Penepian

Kegagalan TERAJU untuk melaksanakan atau menegakkan sebarang hak atau peruntukan terma dan syarat ini tidak mewakili penepian hak atau peruntukan tersebut.

Kebolehasingan

Sekiranya mana-mana daripada terma dan syarat ini ditetapkan tidak sah atau tidak boleh dikenakan menurut sebarang undang-undang, yang berkaitan dengan TERAJU, lalu peruntukan yang tidak sah dan tidak boleh dikenakan akan dianggap telah digantikan oleh peruntukan yang sah, boleh dikenakan yang paling sepadan dengan peruntukan asal, tanpa memansuhkan sebarang peruntukan lain terma dan syarat di sini.

UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

Dengan mengakses laman web ini dan/atau menggunakan Perkhidmatan melalui laman web ini, anda bersetuju bahawa undang-undang Malaysia:

  • akan merangkum akses tersebut dan penyediaan perkhidmatan sebegini, dan
  • akan terpakai dalam tafsiran terma dan syarat ini.