Tentang Dana Kemakmuran Bumiputera (DKB)
Objektif
- Sokongan dalam bentuk “tipping point” atau pemangkin kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang berkelayakan bagi meneroka pelaburan baharu di dalam sektor strategik.
- Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di semua peringkat pekerjaan di kalangan Bumiputera.
- Mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan melalui program pengembangan perniagaan.
SKOP PEMBIAYAAN
Pemberian dana ini adalah sehingga 10% daripada kos projek yang layak atau RM2 juta, (yang mana lebih rendah), disalurkan secara PEMBAYARAN BALIK ("reimbursement basis") kepada Syarikat.
PRA SYARAT KELAYAKAN SYARIKAT PEMOHON
- Syarikat merupakan pemohon KALI PERTAMA.
- Syarikat hendaklah diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016.
- Syarikat konglomerat, syarikat tersenarai awam dan anak syarikatnya, syarikat berkaitan kerajaan, koperasi, yayasan, persatuan dan pertubuhan TIDAK LAYAK memohon.
- Sekurang-kurangnya 60% pegangan saham efektif syarikat pemohon dimiliki oleh Bumiputera.
- Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan / Majoriti Pengurusan Tertinggi adalah Bumiputera.
- Syarikat TIDAK PERNAH menerima bantuan geran Dana Mudahcara TERAJU sebelum ini.
PRA SYARAT KELAYAKAN PROJEK
- Kos projek yang layak:
- sekurang-kurangnya RM500 ribu hingga RM100 juta bagi pembelian mesin dan kelengkapan peralatan; atau
- sekurang – kurangnya RM2.5 juta hingga RM100 juta bagi projek pembangunan.
Kos projek tidak mengambil kira harga tanah, perbelanjaan operasi termasuk modal kerja, dan kos-kos berkaitan aset tidak ketara serta kos perkhidmatan. - Kemajuan projek tidak melebihi 30% daripada keseluruhan pembangunan projek semasa permohonan diterima.
Sektor-sektor Keutamaan
Pembuatan
Ekonomi Digital
Pertanian & Industri Bio
Perkhidmatan Kejuruteraan
Pembangunan di atas Tanah Rizab Melayu/Wakaf/Adat di Sabah & Sarawak
Minyak & Gas
Logistik
Ruminan
HQ Headquarters
ECER East Coast Economic Region
IRDA Iskandar Regional Development Authority
NCER Northern Corridor Economic Region